Nak mula jual di eBay, tapi masih blur nak buat apa dulu?

Nak buka akaun dulu ke? Cari barang dulu ke? Atau kena belajar product research sebelum buat apa-apa?

Dejaa faham. Bila baru nak mula, semua benda rasa macam penting dan kita tak tahu nak dahulukan yang mana satu. 

Ada yang terus sibuk mencari barang untuk dijual. Ada yang dah fikir nak buat 50 listing, tapi belum tahu macam mana nak kira kos shipping.

Sebenarnya, kita kena faham flow dia dulu.

Bukan bermaksud kita kena tunggu sampai pandai semua benda baru boleh mula.

Tapi kalau kita tahu urutan yang betul, sekurang-kurangnya kita tak bergerak secara membuta tuli.

Jom Dejaa share apa yang kita patut faham sebelum mula menjual di eBay dari Malaysia.

1. Faham Dulu Apa Yang Kita Nak Buat di eBay

Sebelum buka akaun atau mencari produk, cuba faham bagaimana proses jualan eBay berjalan.

Secara ringkas, kita akan memilih produk, membuat listing, menguruskan pesanan apabila ada pembelian dan menghantar barang kepada buyer mengikut syarat yang ditetapkan.

Nampak mudah, kan?

Tapi setiap langkah ada perkara yang kita perlu belajar.

Contohnya, kita tak boleh tengok harga barang sahaja. Kita kena fikir juga kos penghantaran, yuran yang berkaitan dan berapa baki yang tinggal selepas semua kos ditolak.

Sebab tu Dejaa sarankan kita faham keseluruhan proses dahulu. Bila tahu apa yang menanti selepas listing di'publish'kan, lebih mudah untuk kita membuat persediaan.

2. Sediakan Akaun dan Fahami Syarat Seller

Langkah seterusnya ialah memahami keperluan akaun seller.

Kita perlu memberikan maklumat yang tepat dan mengikuti proses pengesahan serta pembayaran yang ditetapkan untuk akaun kita.

Antara perkara yang perlu diperiksa ialah:

  • Maklumat identiti dan alamat.

  • E-mel serta nombor telefon yang aktif.

  • Kaedah payout yang tersedia untuk akaun.

  • Selling limit dan syarat akaun.

  • Polisi eBay yang berkaitan dengan aktiviti jualan kita.

Jangan terburu-buru membuat banyak listing sebelum memahami keadaan akaun sendiri.

Kalau akaun mempunyai selling limit, kita perlu merancang aktiviti listing berdasarkan had yang diberikan.

Satu lagi, jangan anggap semua akaun mempunyai tetapan dan keperluan yang sama. Semak maklumat yang dipaparkan dalam akaun seller masing-masing.

3. Jangan Terus Cari Barang Sebelum Belajar Product Research

Ini antara perkara yang Dejaa nak korang ambil serius.

Bila nak mula berniaga, memang seronok mencari barang yang kita rasa boleh dijual.

Nampak produk murah, terus rasa macam boleh dapat untung. Tengok orang lain menjual sesuatu produk, kita pun nak ikut.

Tapi kejap dulu.

Barang murah tak semestinya menguntungkan, dan produk yang nampak popular belum tentu sesuai untuk kita jual.

Sebelum memilih produk, kita perlu belajar product research.

Apa yang kita nak semak?

  • Pertama, tengok sama ada produk tersebut mempunyai rekod jualan di eBay.
  • Kedua, bandingkan harga jualan dan persaingan.
  • Ketiga, kira kos produk serta penghantaran.
  • Akhir sekali, semak sama ada produk tersebut dibenarkan untuk dijual dan praktikal untuk dihantar dari Malaysia.

Kalau data belum cukup meyakinkan, jangan paksa diri untuk memilih produk itu.

Kita boleh terus membuat kajian atau mencari pilihan lain.

Lebih baik luangkan masa memahami produk sebelum mengeluarkan modal daripada membeli stok dahulu, kemudian baru sedar kosnya tak masuk akal.

4. Belajar Mengira Untung Sebelum Menetapkan Harga

Kita ambil contoh mudah.

Katakan kita menjual satu produk pada nilai RM100 selepas penukaran mata wang.

Kos produk RM30, penghantaran RM25 dan anggaran yuran serta kos lain RM15.

Baki selepas menolak kos tersebut ialah RM30.

Tapi kalau ada kos tambahan yang belum dimasukkan, baki sebenar akan berubah.

Sebab itu kita perlu mengira semua kos yang berkaitan sebelum menetapkan harga.

Jangan hanya tengok harga produk pesaing dan terus ikut harga mereka.

Mungkin kos mereka berbeza daripada kos kita.

Kalau kita ikut harga tanpa membuat pengiraan sendiri, kita mungkin menjual dengan margin yang terlalu kecil.

Jadi, biasakan diri membuat kiraan sebelum menerbitkan listing.

5. Faham Asas Listing eBay

Selepas memilih produk dan mengira kos, barulah kita bersedia menyediakan listing.

Listing ialah halaman produk yang buyer akan lihat apabila mencari barang yang kita tawarkan.

Antara perkara yang perlu disediakan ialah tajuk, gambar, penerangan, harga dan maklumat penghantaran.

Tajuk perlu menerangkan produk dengan jelas. Gambar pula mesti menunjukkan keadaan barang sebenar.

Dalam desription, kita perlu memberikan maklumat yang buyer perlukan supaya mereka faham apa yang akan diterima.

Jangan lupa juga untuk melengkapkan item specifics yang berkaitan.

Dejaa nak ingatkan, jangan terlalu fokus nak cepat siapkan listing sampai maklumat penting tertinggal.

Kita nak listing yang bukan sahaja di'publish'kan, tetapi juga tepat dan mudah difahami oleh buyer.

6. Jangan Lupa Belajar Shipping

Kalau kita menjual barang fizikal dari Malaysia, kita perlu tahu bagaimana nak menyediakan dan menghantar barang kepada buyer.

Sekurang-kurangnya, kita perlu memahami:

  • Cara menimbang barang.

  • Cara mengukur dimensi bungkusan.

  • Cara memilih bahan pembungkusan.

  • Cara mendapatkan kadar penghantaran.

  • Cara menetapkan handling time yang realistik.

  • Cara menguruskan tracking dan keperluan penghantaran.

Kenapa perlu belajar awal?

Sebab kos shipping boleh mempengaruhi harga jualan dan keuntungan kita.

Kalau kita tersalah anggar berat atau saiz bungkusan, kos sebenar mungkin lebih tinggi daripada jangkaan.

Jangan tunggu sampai barang dah terjual baru nak belajar cara bungkus dan hantar.

Kita buat persediaan lebih awal supaya lebih bersedia apabila pesanan masuk.

7. Listing Dah Live, Kerja Kita Belum Habis

Ada orang fikir bila listing dah diterbitkan, kita hanya perlu tunggu buyer datang membeli.

Sebenarnya, kita masih perlu memantau prestasinya.

Perhatikan data yang tersedia seperti impressions, views dan jualan.

Kalau impressions rendah, kita boleh menyemak kesesuaian produk dan maklumat listing.

Kalau views ada tetapi belum terjual, kita boleh menilai harga, kos penghantaran, gambar dan description.

Tapi jangan terus membuat kesimpulan daripada data yang terlalu sedikit.

Kita perlu melihat keadaan listing dan mengumpulkan maklumat yang mencukupi sebelum menentukan apa yang patut diubah.

Inilah sebabnya Dejaa selalu tekankan supaya kita belajar membaca data, bukan sekadar mengejar jumlah listing.

8. Jadi, Apa Yang Kita Perlu Buat Dahulu?

Kalau korang baru nak mula, Dejaa cadangkan ikut urutan ini:

  1. Faham asas eBay dan proses jualan.

  2. Sediakan akaun serta fahami syarat seller.

  3. Belajar product research.

  4. Kira kos dan potensi keuntungan.

  5. Belajar menyediakan listing yang lengkap.

  6. Faham cara packing dan shipping.

  7. Terbitkan listing dan pantau prestasinya.

Kita tak perlu menguasai semua perkara dalam sehari.

Fokus pada satu langkah dahulu. Bila dah faham, barulah bergerak ke langkah seterusnya.

Yang penting, jangan terlalu lama merancang sampai tak mula belajar secara praktikal. Pada masa yang sama, jangan pula terlalu cepat bertindak tanpa memahami risiko dan kos.

Kita cari keseimbangan antara belajar dan membuat.

Soalan Lazim: Nak Mula Jual di eBay dari Malaysia

Boleh ke beginner dari Malaysia mula menjual di eBay?

Boleh, tertakluk kepada syarat kelayakan, pengesahan akaun, polisi eBay dan pilihan penghantaran yang tersedia.

Perlu cari produk dahulu atau buka akaun dahulu?

Kita boleh mempelajari asas kedua-duanya secara berperingkat. Sebelum membuat komitmen membeli stok atau menerbitkan listing, pastikan kita memahami keperluan akaun dan cara menilai produk.

Berapa banyak listing patut dibuat pada permulaan?

Tiada satu jumlah yang sesuai untuk semua seller. Pertimbangkan selling limit, kefahaman tentang listing dan kemampuan menguruskan pesanan.

Perlu belajar shipping sebelum ada sale?

Ya, sebaiknya kita faham asas berat, dimensi, pembungkusan dan kos penghantaran lebih awal supaya bersedia apabila pesanan masuk.

Kalau listing dah live tetapi belum ada sale, apa perlu dibuat?

Semak data listing dan nilai kemungkinan masalah pada produk, harga, gambar, penerangan atau penghantaran sebelum membuat perubahan.

Akhir Kata

Kalau korang memang nak mula jual di eBay, jangan rasa perlu tahu semuanya hari ini.

Kita susun langkah, belajar perkara yang penting dan buat persediaan sebelum mengeluarkan modal.

Bila dah mula membuat listing, terus belajar membaca data dan memperbaiki apa yang perlu.

Tak semestinya semuanya terus menjadi. Yang penting, kita tahu bagaimana nak menilai keadaan dan membuat keputusan dengan lebih baik.

Kalau korang nak belajar dengan lebih tersusun, boleh kenali Global Seller Blueprint di sini:

https://globalsellerblueprint.com/?ref=ebaydejaa

We Learn, We List, We Earn Together.