Global Seller Center — Kursus eBay Malaysia

Belajar jual di eBay dari Malaysia ke seluruh dunia. Kursus lengkap, support komuniti, AI 24/7. Dari setup akaun hingga sales pertama dalam USD.

Coach & Mentor (3 pengajar)

Coach Fikri Sa'dan

"Saya percaya setiap orang boleh berjaya jual di eBay , yang penting adalah ilmu yang betul dan guidance yang tepat."

Assalamualaikum! Saya adalah seorang full-time eBay seller dari Malaysia yang telah menjual di platform ini selama 3 tahun. Bermula dari zero tanpa sebarang pengalaman, saya telah berjaya membina bisnes eBay yang menjana income 5 angka sebulan secara konsisten. Kini, misi saya adalah untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjana income dalam USD melalui platform eBay. Saya akan guide anda step-by-step, sama seperti saya guide 500+ students saya sebelum ini.

Kepakaran: Full Stack Web Developer, Full Time eBay Seller, Live Hoster, cu6 Marketer Expert

  • Personal sales Berjaya buat 5 angka sebulan bersih tiga akaun eBay
  • Students 500 pelajar

Coach Fahd Mujahid

"jalan terus, renung sekejap masa belakang, lepas tu dah boleh move foward"

Kadangkala kita sampai di satu destinasi yang sukar dalam hidup. Hilang kerja, hilang punca tapi kita tak tahu nak buat apa, nak meminta bukan cara kita Sebab itu portal ini wujud, saya faham dan mengalaminya, saya percaya kita semua perlu diberi peluang kedua untuk bangkit semula Tak kira muda tua, kini kita boleh kerja di mana-mana, dapat income USD bila bila masa Saya harap dengan pengalaman dan kemahiran sebagai penulis serta content creator, saya dapat mempermudahkan kalian memahami ilmu bisnes online di ebay. Jom ikuti kami di semua platform media sosial untuk saya kongsikan tips tips dan artikel menarik dari masa ke masa Insya-Allah Fahd Mujahid - ebay seller

Kepakaran: Media Specialist Expert, Full Time eBay Seller, Content Creator, cu6 Marketer Expert

  • Media Achieve 15M Traffic For Social Media Per Month
  • Personal Sales Berjaya buat 4 angka sebulan bersih dua akaun eBay

Coach Deja

“Tidak semua orang lahir dengan peluang yang sama, tetapi semua orang masih boleh memilih untuk bermula.”

Assalamualaikum. Saya merupakan seorang full-time eBay seller dan juga suri rumah sejak tahun 2010. Selepas sekian lama fokus pada perniagaan, saya kembali aktif berkongsi di media sosial sejak tiga tahun yang lalu dengan satu tujuan berkongsi jalan yang pernah saya lalui. Perjalanan saya bermula dari keadaan yang sangat sederhana. Saya memilih eBay kerana mahu membantu diri sendiri dan keluarga mendapatkan sumber pendapatan. Pada waktu itu, saya bermula dari kosong. Saya mencari ilmu di merata tempat daripada kelas percuma sehinggalah yang berbayar. Alhamdulillah, dengan konsisten dan usaha yang berterusan, eBay telah membantu saya keluar daripada fasa kesempitan kewangan kepada kehidupan yang lebih stabil. Bukan kehidupan mewah, tetapi cukup selesa dan memberi ruang untuk hidup dengan lebih tenang. Hari ini, niat saya jelas saya mahu membantu lebih ramai orang, khususnya golongan suri rumah, untuk memahami bagaimana menjana pendapatan dalam USD melalui platform eBay. Berdasarkan pengalaman saya, sesiapa sahaja sebenarnya boleh bermula di eBay. Namun realitinya, tidak semua mampu bertahan tanpa bimbingan yang lengkap, praktikal dan sentiasa dikemas kini. Ada kelas yang bagus, tetapi harganya tinggi dan tidak semua mampu mengikutinya dengan mudah. Sebab itu, melalui Global Seller Center (GSC), saya percaya platform ini mampu menjadi tempat sokongan yang lebih jelas, mudah difahami dan sesuai dengan kemampuan serta keadaan kewangan setiap individu. Akhirnya, satu perkara yang saya pegang sejak dahulu: “Ilmu tanpa amal, ianya sia-sia.” Gunakan GSC ini sebagai batu loncatan untuk membuka peluang baru dalam hidup. Jika dilakukan dengan usaha dan kesungguhan, insyaAllah ia mampu menjadi jalan keluar yang lebih baik untuk masa depan.

Kepakaran: Fulltime eBay Seller, Live Hoster, Content Creator

  • Personal sales Berjaya buat 4 angka sebulan bersih satu akaun eBay
  • Students 200+

Artikel Terkini eBay Malaysia

Tips, panduan dan strategi jualan eBay dari Global Seller Center.

Lihat semua artikel →

https://globalsellerblueprint.com/