Cara Kira Untung eBay
Jujur cakap… ramai seller eBay sebenarnya tak tahu dia tengah rugi.
Sale masuk.
Notification bunyi.
USD nampak bertambah.
Tapi bila kira betul-betul…
duit yang tinggal tak seperti yang disangka.
Masalahnya bukan produk tak laku.
Bukan tak ada buyer.
Tapi dari awal lagi…cara kira untung dah salah.
Ramai kira macam ni:
harga jual – fee = untung ❌
Nampak simple.
Tapi realitinya jauh lebih kompleks.
⚠️ Realiti eBay 2026 (Yang Ramai Tak Sedar)
Setiap sale di eBay, ada kos yang “senyap-senyap” makan margin:
eBay ambil fee atas harga + shipping
Seller Malaysia kena international fee (1.30%)
Duit USD susut bila convert ke RM (~1.8%)
Shipping sebenar selalunya lebih mahal dari yang kita letak
👉 Secara realistik:
Sekitar 16% - 17% daripada sale akan hilang sebelum kira kos lain lagi
Kalau anda baru nak mula, boleh rujuk panduan asas di sini: Cara Menjual di eBay Malaysia
Untuk rujukan rasmi struktur fee, boleh lihat di: Ebay Seller Center
💰 Formula Sebenar Cara Kira Untung eBay
UNTUNG = (Harga Jual + Shipping)
– eBay Fee (~14.9% + $0.40)
– Kos Barang
– Kos Shipping Sebenar
– Packaging
– Conversion Fee (~1.8%)
Kalau tak kira semua ni… angka “untung” tu sebenarnya ilusi.
Contoh Real Seller Malaysia (Jual ke US)
Kita ambil contoh simple:
Harga jual: $35
Shipping buyer bayar: $20
👉
Total sale: $55
👉 eBay ambil:
Fee (13.6%) = $7.48
International (1.30%) = $0.72
Per order = $0.40
👉 Total: $8.60
👉 Kos sebenar:
Barang: RM25 (~$6.25)
Shipping: RM85 (~$21.25)
Packaging: RM5 (~$1.25)
Conversion: ~$0.84
👉 Total: $29.59
✅ Untung sebenar:
$55 – $8.60 – $29.59 = $16.81 (~RM65)
👉 Margin: ~30%
Sebelum pilih produk, boleh rujuk juga: Cara Cari Produk Laku di Ebay
“Silent Killer” Dalam eBay: Shipping
Ini kes paling common.
Buyer bayar $20
Tapi kos sebenar $21–$22
Nampak kecil.
Tapi kesannya:
Untung drop RM10–RM20 setiap sale
20 sale = hilang RM300+
👉 tanpa sedar
Anda boleh semak kos sebenar di sini: Pos Malaysia
Cara Kira Untung Ebay : Kos Tersembunyi Yang Selalu Terlepas
Ramai tak masukkan benda ni:
Fee eBay atas shipping (ramai tak tahu)
International fee 1.30%
Conversion Payoneer (~1.8%)
Return / dispute ($20 sekali)
Promoted listing (2% – 10%)
Packaging (RM5–10/order)
Semua ni kalau tak kira = profit bocor perlahan-lahan
Kalau semua ini nampak banyak sangat untuk kira satu-satu, anda boleh guna satu rule mudah:
Anggarkan sekitar 20% daripada harga jual akan “hilang” kepada fee, conversion dan kos tersembunyi.
Maksudnya:
Jual $100
Anggap $20 dah keluar awal
Baki baru kira kos barang & shipping untuk nampak untung sebenar.
Untuk faham risiko lebih mendalam:
Keburukan Berniaga di Ebay
❌ Kesilapan Paling Mahal
Ini yang buat ramai stuck:
Kira fee atas harga sahaja
Tak check kos shipping dulu
Guna rate USD Google (bukan real)
Tak kira kos barang
Jual barang terlalu murah
Real talk:
Barang bawah $25 memang susah nak untung dari Malaysia ke US
✅ Cara Kira Untung Ebay Yang Betul (Sebelum Listing)
✔ Check kos shipping sebenar
✔ Kira eBay fee (~14.9% + $0.40)
✔ Masukkan kos barang + packaging
✔ Ambil kira conversion (~1.8%)
✔ Pastikan margin ≥ 25%
Kalau tak lepas semua ni… jangan jual lagi
Ringkasan Paling Penting (Untuk Kira Cepat)
Kalau nak kira cara untung eBay dengan cepat:
eBay ambil sekitar 14.9% + $0.40 setiap sale
Tambah conversion sekitar ~1–2%
Anggarkan 20% dari sale akan hilang awal
Pastikan margin sekurang-kurangnya 25% – 35%
Ini cara paling mudah untuk nampak sama ada produk itu untung atau tidak sebelum jual
PENUTUP
Masalah sebenar bukan tak boleh buat eBay.
Masalahnya…
ramai masuk tanpa faham kiraan sebenar
Sebab tu ada orang:
ada sale… tapi tak nampak duit
buat lama… tapi tak berkembang
Kalau dari awal anda dah kira dengan betul…
setiap sale jadi masuk akal
setiap usaha ada hasil
Nak Buat eBay Dengan Cara Betul?
Saya tunjuk semua step dalam kelas eBay saya:
cara kira margin dengan betul
cara elak rugi walaupun baru start
cara pilih produk yang masih ada ruang untung
Mula di sini: GSC
🎟 Code: FAHD30
⏳ Diskaun 30% (terhad)
FAQ
Berapa sebenarnya fee eBay untuk seller Malaysia?
Sekitar 14.9% + $0.40 per order, ditambah ~1–2% conversion fee.
Adakah eBay ambil fee atas shipping?
Ya, eBay kira berdasarkan jumlah harga + shipping.
Berapa margin selamat untuk eBay?
Sekurang-kurangnya 25% – 35%.
Kenapa jual eBay tapi tak nampak untung?
Biasanya sebab salah kira kos sebenar termasuk shipping dan fee.
Barang murah sesuai ke jual eBay?
Kebiasaannya tidak, kerana kos shipping dari Malaysia agak tinggi.
Komen (0)
Tidak dapat memuatkan komen. Sila muat semula halaman.
Komen awak sedang disemak dan akan disiarkan selepas diluluskan.