Remote Area Ebay.
Ramai orang ingat…
Asalkan barang laku di eBay, kira selesai.
Hakikatnya tak.
Dalam bisnes remote area eBay, ramai seller rugi tanpa sedar.
Saya pernah nampak kes macam ni.
Orang jual barang $30.
Kira shipping $20.
Nampak okay.
Tapi bila nak hantar…
Courier tambah caj lagi $30 lebih.
Terus shipping jadi $50+.
Untung?
Tak ada.
Terus jadi rugi.
Masalahnya…
👉 ramai tak tahu pun benda ni wujud.
APA SEBENARNYA TERJADI?
Nama dia:
remote area surcharge
Senang cerita, courier caj extra kalau alamat buyer tu susah nak hantar.
Biasanya kawasan:
luar bandar
kawasan kurang padat
atau jauh dari route biasa courier
Jadi dia kena caj lebih
SEMUA BERGANTUNG PADA POSTCODE
Ini point paling penting dalam remote area eBay.
Remote area ditentukan oleh:
ZIP CODE / POSTCODE
Bukan bandar.
Bukan negeri.
Kadang-kadang kawasan nampak normal pun…
boleh kena.
DHL, FEDEX, UPS TAK SAMA
Ramai tak sedar benda ni.
Walaupun semua guna postcode…
👉 setiap courier ada list berbeza
Contoh:
DHL kata remote
FedEx kata tak
Sebab tu kos shipping boleh berubah-ubah.
MACAM MANA NAK CHECK REMOTE AREA?
Cara manual (basic)
Ambil postcode buyer, semak di:
Kalau harga tiba-tiba naik atau ada surcharge → itu remote
Cara automatik (disarankan)
Kalau tak nak pening:
guna platform seperti Easyship atau ShipStation
atau forwarder Malaysia
sistem akan detect remote area secara automatik
ADA KE LIST REMOTE AREA?
Ya, memang ada.
Setiap courier ada list postcode sendiri.
Tapi…
jangan bergantung pada list semata-mata
Kenapa?
sentiasa berubah
update setiap tahun
postcode boleh bertukar status
sebab itu dalam remote area eBay, list bukan rujukan utama
CARA BETUL HANDLE REMOTE AREA (SELLER PRO)
Seller berpengalaman tak panik bila kena remote.
Mereka dah ada sistem.
1. Letak buffer dalam harga
Naikkan sedikit harga atau shipping.
👉 cover kes rare remote
2. Guna shipping rate table eBay
Contoh:
Alaska / Hawaii → harga lebih tinggi
kawasan tertentu → adjust siap-siap
👉 lebih selamat daripada minta bayaran tambahan
3. Tukar courier
Kalau satu courier mahal:
👉 cuba courier lain
Kadang-kadang satu postcode tak dianggap remote oleh courier lain.
4. Tukar ke shipping lebih murah
Contoh:
guna postal service
✔ elak caj tinggi
❌ delivery lebih lambat
5. Cancel order (jika terpaksa)
Kalau memang tak masuk kira:
👉 bincang dengan buyer (JANGAN PANDAI2 CANCEL SENDIRI)
👉 cancel secara baik
❌ jangan minta bayaran tambahan
FLOW PALING SENANG IKUT
Letak harga ada buffer
Dapat order → check shipping
Kalau mahal:
tukar courier
guna alternatif
atau cancel
SILAP PALING BIASA
Ini yang selalu jadi:
tak check postcode
terlalu yakin dengan satu courier
letak harga ngam-ngam
Akhirnya…
👉 tanggung sendiri
BACA JUGA
Kalau anda nak faham lebih dalam pasal kos dan untung eBay:
👉 Cara kira untung eBay (akan bantu anda elak rugi shipping)
👉 Panduan shipping eBay dari Malaysia ke USA
👉 Cara pilih produk eBay yang sesuai untuk export
RUJUKAN LUAR (UNTUK SEMAK SENDIRI)
DHL Remote Area Tool
FedEx Surcharge Page
UPS Area Surcharge Listing
FAQ
Apa itu remote area eBay?
Remote area eBay ialah kawasan penghantaran yang dikenakan caj tambahan oleh courier berdasarkan postcode.
Perlu check remote area setiap order?
Ya, jika buat manual. Jika guna sistem seperti Easyship atau forwarder, ia boleh detect automatik.
PENUTUP
Remote area eBay bukan benda besar…
tapi cukup untuk buat anda rugi tanpa sedar.
Kalau anda serius nak buat eBay lama:
benda macam ni memang kena faham awal
Saya tengok ramai sangat beginner tersangkut dekat benda simple macam ni.
Bukan sebab tak pandai…
tapi sebab tak pernah nampak orang explain betul-betul.
Kalau anda nak belajar lagi strategi eBay (yang orang jarang cerita)…
saya kongsikan dalam komuniti Telegram
👉 Masuk >> sini <<
Komen (0)
Tidak dapat memuatkan komen. Sila muat semula halaman.
Komen awak sedang disemak dan akan disiarkan selepas diluluskan.