Ada seorang seller dari Malaysia.

Setiap hari ada order masuk di eBay. Nampak macam semuanya berjalan lancar.

Tapi bila dia buat cara kira profit ebay betul-betul…

Dia hanya dapat untung tak sampai RM30.

Masalah dia bukan produk tak laku.

Masalah sebenar, dia tak pernah kira profit eBay sebenar.


Kenapa Ramai Seller Salah Kira Untung eBay?

Ramai anggap bila jual USD20 (lebih kurang RM90), mesti ada untung.

Hakikatnya, ramai hanya nampak:

  • duit masuk

  • jumlah order

Tapi tak nampak kos sebenar.

Sebab itu, ramai seller yang baru mula jual di eBay akhirnya rasa:

“Aku jual, tapi duit tak bertambah.”

Kalau anda masih baru, anda boleh baca dulu panduan asas cara menjual di eBay dari Malaysia untuk faham keseluruhan proses sebelum fokus kepada kiraan untung.


Cara Kira Profit eBay (Versi Mudah Faham)

Untuk beginner, tak perlu formula rumit.

Cukup faham ini:

Untung = Duit masuk – semua kos

Semua kos bermaksud:

  • kos barang

  • kos penghantaran

  • fee eBay

  • caj pembayaran

  • kos tambahan lain


Contoh Kiraan Untung eBay (Situasi Sebenar)

Katakan anda jual satu produk dengan harga USD19.99 (~RM90)

Duit masuk:

  • RM90

Kos sebenar:

  • Kos barang: RM18

  • Anda perlu bayar kos pos ke US sekitar RM40

  • Fee eBay (~13–15%): RM12

  • Caj tetap: RM1–RM2

  • Iklan (ads): RM4

  • Caj tukaran oleh Payoneer: RM2

Baki ? Anda hanya tinggal sekitar RM10 hingga RM12 sahaja.

Ini dipanggil kira keuntungan eBay yang sebenar, bukan sekadar anggaran.


Cara Kira Profit ebay : Kenapa Produk Murah Selalu Tak Untung?

Produk murah nampak senang jual.

Tapi realitinya:

  • margin kecil

  • mudah terjejas dengan kos

  • sedikit perubahan boleh hilangkan untung

Contohnya:

Jika kos pos naik sedikit atau buyer minta diskaun, margin terus hilang.

Sebab itu penting untuk faham produk apa sesuai jual di eBay untuk beginner sebelum mula listing.


Kos Tersembunyi Yang Ramai Tak Kira

Selain kos biasa, ada beberapa kos yang sering terlepas pandang:

  • caj tetap setiap order

  • caj jual ke luar negara

  • kos penghantaran berubah (minyak, lokasi, saiz)

  • tukaran mata wang USD ke RM

Anda boleh rujuk panduan rasmi penghantaran oleh DHL untuk faham kenapa kos ini boleh berubah dari masa ke masa.

Semua kos ini nampak kecil, tapi bila dikumpulkan, ia memberi kesan besar kepada margin eBay seller.


Perlu Ke Kira Risiko Dalam Untung?

Jawapan ringkas: ya.

Walaupun anda dah kira semua kos, masih ada perkara yang boleh berlaku:

  • buyer minta refund sebahagian

  • barang rosak

  • parcel hilang

  • Buyer pulangkan barang dan anda tak boleh jual semula

Jadi kiraan sebenar lebih tepat adalah:

Untung sebenar = Untung kasar – risiko


Contoh Mudah Faham

Jika untung nampak RM50

Selepas ambil kira risiko:

  • return

  • refund

  • kerosakan

Untung sebenar mungkin tinggal:

RM30 hingga RM40 sahaja

Ini yang ramai tak sedar bila mula buat bisnes eBay dari Malaysia.


Tentang Return (Ramai Salah Faham)

Bila buat cara kira profit ebay, ada ramai seller fikir:

“Tak apa, buyer tanggung kos return”

Betul, tapi itu bukan isu utama.

Isu sebenar:

  • barang balik dalam keadaan rosak

  • tak boleh jual semula

  • buyer minta refund walaupun tak return

Sebab itu, return tetap memberi kesan kepada keuntungan.


Panduan Ringkas Untuk Beginner

Untuk elakkan kesilapan awal:

  • elakkan produk terlalu murah

  • pilih barang ringan dan mudah dihantar

  • kira semua kos sebelum listing

  • faham permintaan pasaran

Anda boleh gunakan teknik seperti cara cari produk laku guna sold listing untuk lihat data jualan sebenar di eBay.


Kesimpulan

Jual di eBay memang boleh jana pendapatan dalam USD.

Tapi tanpa kiraan yang betul, anda mungkin nampak ada sales setiap hari, tetapi keuntungan sebenar sangat kecil.

Memahami cara kira profit eBay yang sebenar adalah langkah paling penting sebelum anda serius dalam bisnes ini.


Soalan Lazim

Berapa fee eBay untuk seller Malaysia?
Fee di eBay biasanya sekitar 13% hingga 15% daripada harga jual, termasuk penghantaran, ditambah caj tetap setiap order.

Adakah jual barang murah di eBay menguntungkan?
Kebiasaannya tidak, kerana margin kecil dan mudah terjejas oleh kos tambahan.

Perlu ke kira kos return?
Ya, kerana walaupun buyer tanggung kos return, risiko kerosakan dan refund tetap wujud.

Berapa untung yang selamat untuk beginner?
Sebagai panduan, sekurang-kurangnya RM50 per item lebih stabil untuk menampung kos dan risiko.


Mula Dengan Cara Yang Betul

Kalau anda nak elakkan kesilapan mahal, saya dah susun cara kira untung dan pilih produk supaya lebih mudah difahami oleh beginner.

👉 Mula di sini:
https://globalsellerblueprint.com

Gunakan kod FAHD30 untuk diskaun 30%