Syarat & Syarat Pembelian
1BahagiKandSyarat & Ketentuan Pembelian Program Belajar eBay (GSC)
Kandungan Syarat & Ketentuan Pembelian Program Belajar eBay (GSC)
1. Pembayaran
Semua pembayaran mesti dibuat sepenuhnya sebelum akses ke program diberikan.
Pembayaran hanya melalui kaedah yang disediakan oleh pihak GSC.
Tempahan hanya dianggap sah selepas bukti pembayaran diterima dan disahkan.
Pihak GSC berhak menolak atau membatalkan pendaftaran sekiranya terdapat sebarang isu berkaitan pembayaran.
2. Akses Program
Akses ke program akan diberikan dalam tempoh 24–48 jam selepas pembayaran disahkan.
Akses adalah untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak boleh dikongsi dengan mana-mana pihak.
Pihak GSC berhak menamatkan akses tanpa notis sekiranya terdapat penyalahgunaan (contoh: berkongsi akaun, menjual semula, dll.).
3. Kandungan Program
Semua bahan pembelajaran adalah hak milik sepenuhnya pihak GSC.
Peserta adalah dilarang sama sekali untuk:
Menyalin
Mengedar
Menjual semula
Merakam atau berkongsi kandungan tanpa kebenaran bertulis
Sebarang pelanggaran boleh dikenakan tindakan undang-undang.
4. Komitmen Peserta
Peserta bertanggungjawab untuk memberi komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh program.
Kejayaan dalam program bergantung kepada usaha, disiplin, dan tindakan peserta sendiri.
Peserta digalakkan untuk mengikuti semua modul, tugasan, dan panduan yang diberikan oleh pihak GSC.
Pihak GSC tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta tidak memberikan komitmen yang sewajarnya.
5. Komunikasi
Pihak GSC mengutamakan komunikasi yang aktif dan berkesan antara peserta dan pihak GSC.
Peserta digalakkan untuk bertanya soalan dan mendapatkan bantuan sekiranya menghadapi sebarang kesulitan.
Sebarang makluman penting akan disampaikan melalui saluran rasmi yang disediakan.
Peserta bertanggungjawab untuk sentiasa peka dan responsif terhadap komunikasi daripada pihak GSC.
6. Hasil & Jaminan
Program ini adalah untuk tujuan pembelajaran dan bimbingan sahaja.
Pihak GSC tidak memberikan sebarang jaminan keuntungan.
Hasil adalah bergantung sepenuhnya kepada usaha, tindakan, dan situasi individu peserta.
7. Polisi Refund
Semua pembayaran adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan (NO REFUND).
Tiada refund akan diberikan atas apa jua sebab termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Tukar fikiran
Kekangan masa
Tidak mencapai hasil yang diinginkan
Dengan membuat pembayaran, peserta dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua syarat yang ditetapkan oleh pihak GSC.
8. Perubahan Syarat
Pihak GSC berhak untuk mengubah mana-mana syarat pada bila-bila masa tanpa notis awal.
Sebarang perubahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Mempunyai soalan? Hubungi kami melalui halaman Sokongan.